Sabtu, 10 Januari 2015

assalamualaikum semua. Alhamdulillah akhirnya terhasil blog ini sejarah kita. semoga memberi manfaat kepada kita semua.
matapelajaran sejarah adalah subjek baru bagi tahun 5 pada tahun 2015. menjadi tanggungjawab kita untuk menanam rasa minat pelajar kepada subjek ini. subjek ini seringkali di anggap subjek yang susah dan membosankan. namun kita perlulah menjadikannya sebagai subjek yang menyeronokkan. persoalannya disini, kenapa perlu belajar sejarah di sekolah rendah lagi? dan apa kepentingan subjek ini kepada kita? sebenarnya subjek ini ini mula diperkenalkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah lagi agar memperoleh pengetahuan dan pengajaran yang berlaku di negara ini. penyampaiannya adalah secara umum saja agar pelajar berminat dengan sejarah dan menghargainya. pembelajaran secara mendalam akan didedahkan di peringkat sekolah menengah nanti.

       Sebagai contoh, negara kita suatu masa dulu pernah dijajah olah kuasa luar seperti Siam, Portugis, British, Belanda dan Jepun. keadaan ini memberi pengajaran kepada generasi kini agar sejarah yang sama tidak berulang lagi. dari tajuk yang pertama lebih menekankan kepada warisan negara kita yang perlu dipertahankan seperti institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu. ini warisan negara kita yang kita perlu pertahankan sampai bila-bila. kita taknak generasi akan datang hilang warisan turun temurun ini.


      dalam unit yang ketiga ini bahasa Melayu warisan negara kita, pelajar akan lebih menghargai bahasa ibunda dan bahasa ini di anggap lambang atau simbol perpaduan kaum. di negara kita yang terdiri dari pelbagai kaum ini tanpa mengira warna kulit mereka bertutur bahasa Melayu dalam urusan harian mereka. negara kita yang terdiri dari berbagai kaum sanggup ketepikan semangat perkauman yang dulunya telah termeterai perjanjian atau dikenali sebagai kontrak sosial.perjanjian ini adalah kerjasama untuk menubuhkan negara merdeka.Tajuk kedua pula memberi pendedahan tentang perjuangan kemerdekaan negara dimana tergugatnya kedaulatan negara kita.generasi muda akan mengetahui jasa-jasa tokoh perjuangan kemerdekaan. secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kemakmuran yang dikecapi hari ini. bab yang ketiga pula membincangkan tentang Yang Di-Pertuan Agong payung negara kita. bab ini akan membimbing pelajar memahami kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara dan bidang kuasanya. disini akan memberi gambaran kepada kita sebagai rakyat perlu taat setia kepada Yang Di- Pertuan Agong.

bab yang terakhir pula membincangkan tentang identiti negara kita seperti jata negara, bendera berkibar, lagu negaraku, bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bunga kebangsaan. sebagai warganegara kita perlu menghargai identiti negara kita agar ideologi tersebut dapat menanam nilai-nilai murni bagi mewujudkan perpaduan seperti  prinsip rukunegara boleh melahirkan kerukunan dan perpaduan dalam masyarakat.








2 ulasan: