Isnin, 9 Mac 2015

KSSR KEDATANGAN KUASA LUAR


KEDATANGAN KUASA LUAR

  • Portugis, 1511-1641 menjajah Melaka untuk menguasai perdagangan rempah dan menyebarkan agamKristian.

  • Belanda, 1641-1824 menewaskan Portugis untuk menguasai Melaka.
 
  • British, 1874 campurtangan bermula di Perak, Selangor dan Pahang


PENJAJAHAN DAN CAMPURTANGAN BRITISH


Kekayaan hasil bumi mendorong kuasa luar bersaing untuk menguasai Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Persaingan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke negara kita. Akibatnya, terbentuk beberapa jenis pentadbiran yang berbeza.


KEKAYAAN HASIL BUMI NEGARA KITA

Kekayaan hasil bumi negara kita antaranya adalah bijih timah. bijih timah terdapaat banyak di Larut, Perak. bagi memajukan perlombongan bijih timah, Long Jaafar, seorang pembesar Perak telah membawa masuk orang China untuk bekerja di lombong tersebut.Apabila Long Jaafar meninggal dunia, anaknya Ngah Ibrahim telah menguruskan lombong bijih timah itu.ketika itu berlaku pergaduhan di antara Ghee Hin dan Hai San. Perang ini menyebabkan kerugian kepadaa paraa pelabur dari negeri-negeri Selat.

Selain itu terdapat perebutan tahta antara Raja Ismail dan Raja Abdullah untuk menjadi Sultan Perak. Keadaan ini menjadi rumit apabila pembesar-pembesar telah memberikan sokongan terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dalam perebutan ini, Ngah Ibrahim telah memihak kepada Sultan Ismail. Perebutan ini menyebabkan keamanan Perak tergugat. Raja Abdullah telah meminta  bantuan dari British dan bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak.

 Bagi mengelakkan kuasa luar mengambil hasil bumi dan menjajah negara kita, kita hendaklah bersatu padu.kita juga haruslah memanfaatkan hasil bumi negara kita.
 


KESAN CAMPURTANGAN BRITISH
 
Masyarakat berbilang kaum
Kemunculan bandar baharu
Perkembangan ekonomi
Perkembangan pengangkutan dan perhubungan
Perkembangan sistem pendidikan
Kemajuan perkhidmatan kesihatan
Buruh asing

soalan:1. Apakah hasil bumi yang telah dikuasai oleh pihak   
                   British
 2. mengapakah pihak British hendak menguasai hasil bumi   negara kita?


1 ulasan: