Isnin, 9 Mac 2015

KSSR BAHASA MELAYU WARISAN NEGARA

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu sifatnya yang sederhana dan mudah menerima unsur luar menjadikannya terkenal suatu masa dahulu malahan menjadi bahasa antarabangsa.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berkembang sebagai lingua Franca. Kedatangan Islam yang memperkenalkan tulisan jawi telah memperkasakan bahasa Melayu dengan perbendaharaan kata bahasa arab. sebagai contoh halal, akhbar, wajah, kerusi berasal dari bahasa arab. Manakala kedatangan pengaruh Eropah pula seperti Belanda Laatje menjadi laci, balkon menjadi balkoni, Portugis pula Alamario menjadi almari, Inggeris pula Stamp menjadi setem, taxi menjadi teksi, class menjadi kelas dan banyak lagi perkataan di melayukan.Begitu juga dengan pengaruh bahasa Tamil dan Cina yang juga tidak ketinggalan menerima pengaruh bahasa.

PERANAN BAHASA MELAYU

  1. Bahasa Perdagangan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan telah berperanan memudahkan pedagang dalam urusan jual beli. Pada zamaan Kesultanan Melayu Melaka, dikatakan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka.
  
2. Bahasa Perhubungan
Bahasa Melayu digunakan dalam perhubungan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan luar. contohnya, surat Sultan Kelantan kepadaa Wright William Duff, 1900-1901.

3.  Bahasa Pentadbiran
BahasaM elayu digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4. Bahasa Perundangan
Bahasa Melayu digunakan dalam Hukum Kanun Melaka. Hukum ini menjadi panduan penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

5. Bahasa Ilmu
Golongan ulama menyampaikan ilmu agama kepada Raja-Raja Melayu di istana dalam bahasa Melayu.

6. Bahasa Persuratan
Bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan jelas terlihat pada karya-karya yang dihasilkan. Contohnya Tuhfat Al-Nafis oleh Raja Ali Haji pada 1885 tentang Kesultanan Johor Riau.

SOALAN KBAT

1. Senaraikan peranan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2. Nyatakan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

3. Apakah yang kamu faham tentang maksud lingua franca?

4.   Bagaimanakah bahasa asing membantu memperkasakan dan memperkayakan bahasa melayu?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan