Isnin, 9 Mac 2015

KSSR BAHASA MELAYU WARISAN NEGARA

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu sifatnya yang sederhana dan mudah menerima unsur luar menjadikannya terkenal suatu masa dahulu malahan menjadi bahasa antarabangsa.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berkembang sebagai lingua Franca. Kedatangan Islam yang memperkenalkan tulisan jawi telah memperkasakan bahasa Melayu dengan perbendaharaan kata bahasa arab. sebagai contoh halal, akhbar, wajah, kerusi berasal dari bahasa arab. Manakala kedatangan pengaruh Eropah pula seperti Belanda Laatje menjadi laci, balkon menjadi balkoni, Portugis pula Alamario menjadi almari, Inggeris pula Stamp menjadi setem, taxi menjadi teksi, class menjadi kelas dan banyak lagi perkataan di melayukan.Begitu juga dengan pengaruh bahasa Tamil dan Cina yang juga tidak ketinggalan menerima pengaruh bahasa.

PERANAN BAHASA MELAYU

  1. Bahasa Perdagangan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan telah berperanan memudahkan pedagang dalam urusan jual beli. Pada zamaan Kesultanan Melayu Melaka, dikatakan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka.
  
2. Bahasa Perhubungan
Bahasa Melayu digunakan dalam perhubungan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan luar. contohnya, surat Sultan Kelantan kepadaa Wright William Duff, 1900-1901.

3.  Bahasa Pentadbiran
BahasaM elayu digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4. Bahasa Perundangan
Bahasa Melayu digunakan dalam Hukum Kanun Melaka. Hukum ini menjadi panduan penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

5. Bahasa Ilmu
Golongan ulama menyampaikan ilmu agama kepada Raja-Raja Melayu di istana dalam bahasa Melayu.

6. Bahasa Persuratan
Bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan jelas terlihat pada karya-karya yang dihasilkan. Contohnya Tuhfat Al-Nafis oleh Raja Ali Haji pada 1885 tentang Kesultanan Johor Riau.

SOALAN KBAT

1. Senaraikan peranan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2. Nyatakan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

3. Apakah yang kamu faham tentang maksud lingua franca?

4.   Bagaimanakah bahasa asing membantu memperkasakan dan memperkayakan bahasa melayu?




KSSR SEJARAH TAHUN 5

KEKAYAAN HASIL BUMI NEGARA KITA

Negara kita memang kaya dengan hasil bumi. Selain bijih timah, terdapat juga emas, bijih besi dan arang batu yang mendorong British campurtangan di negara kita. Negeri-negeri yang kaya dengan hasil bijih timah ialah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Permintaan tinggi bijih timah daripada kilang-kilang di England.

British berjaya campurtangan di negeri-negeri melayu memaksa Sultan-Sultan menerima Sistem Residen. British juga memperkenalkan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bagi mengelakkan kuasa luar mengambil hasil bumi dan menjajah negara kita , kita hendaklah memiliki semangat patriotisme, jati diri, bertanggungjawab dan bekerjasama antara kaum bagi mengekalkan kemakmuran negara.


LATIHAN

1. Apakah hasil bumi yang terdapat di negara kita?
__________________________________________________________________________.

2. Bilakah Revolusi Perindustrian berlaku di England?
__________________________________________________________________________.

3. Apakah permintaan hasil bumi paling tinggi oleh kilang-kilang di England pada masa itu?
__________________________________________________________________________.

4. Sistem apakah yang diperkenalkan oleh British?
__________________________________________________________________________.

5. Nyatakan sikap yang perlu adaa padaa diri sendiri untuk mengekalkan kemakmuran dan kekayaan Malaysia?
___________________________________________________________________________.

KSSR KEDATANGAN KUASA LUAR


KEDATANGAN KUASA LUAR

  • Portugis, 1511-1641 menjajah Melaka untuk menguasai perdagangan rempah dan menyebarkan agamKristian.

  • Belanda, 1641-1824 menewaskan Portugis untuk menguasai Melaka.
 
  • British, 1874 campurtangan bermula di Perak, Selangor dan Pahang


PENJAJAHAN DAN CAMPURTANGAN BRITISH


Kekayaan hasil bumi mendorong kuasa luar bersaing untuk menguasai Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Persaingan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke negara kita. Akibatnya, terbentuk beberapa jenis pentadbiran yang berbeza.


KEKAYAAN HASIL BUMI NEGARA KITA

Kekayaan hasil bumi negara kita antaranya adalah bijih timah. bijih timah terdapaat banyak di Larut, Perak. bagi memajukan perlombongan bijih timah, Long Jaafar, seorang pembesar Perak telah membawa masuk orang China untuk bekerja di lombong tersebut.Apabila Long Jaafar meninggal dunia, anaknya Ngah Ibrahim telah menguruskan lombong bijih timah itu.ketika itu berlaku pergaduhan di antara Ghee Hin dan Hai San. Perang ini menyebabkan kerugian kepadaa paraa pelabur dari negeri-negeri Selat.

Selain itu terdapat perebutan tahta antara Raja Ismail dan Raja Abdullah untuk menjadi Sultan Perak. Keadaan ini menjadi rumit apabila pembesar-pembesar telah memberikan sokongan terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dalam perebutan ini, Ngah Ibrahim telah memihak kepada Sultan Ismail. Perebutan ini menyebabkan keamanan Perak tergugat. Raja Abdullah telah meminta  bantuan dari British dan bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak.

 Bagi mengelakkan kuasa luar mengambil hasil bumi dan menjajah negara kita, kita hendaklah bersatu padu.kita juga haruslah memanfaatkan hasil bumi negara kita.
 


KESAN CAMPURTANGAN BRITISH
 
Masyarakat berbilang kaum
Kemunculan bandar baharu
Perkembangan ekonomi
Perkembangan pengangkutan dan perhubungan
Perkembangan sistem pendidikan
Kemajuan perkhidmatan kesihatan
Buruh asing

soalan:1. Apakah hasil bumi yang telah dikuasai oleh pihak   
                   British
 2. mengapakah pihak British hendak menguasai hasil bumi   negara kita?